Thursday, May 31, 2012

PENGORBANAN MENUNTUT PERJUANGAN

SEMESTER 8 PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2009 EDU3108 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional 3(3+0)+ EDU3109 Guru dan Cabaran Semasa 3(3+0)+ INT3101 Internship 2 (4M)+ PKU3114 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas 3(3+0)+ PKU3115 Penyelidikan Tindakan II – Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) 3(0+3)+ Senarai di atas adalah subjek-subjek yang bakal ditempuh oleh guru pelatih PISMP PENDIDIKAN KHAS bagi semester 8 yang merupakan semester akhir sebelum mereka melangkah ke alam profesion yang sebenar. Selamat berjuang rakan-rakanku...
Berikut adalah sinopsis bagi setiap subjek : EDU 3108 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional 3(3+0) Kursus ini membincangkan konsep profesion; ciri-ciri guru sebagai seorang profesional; etika, akauntabiliti dan kesantunan guru; peringkat perkembangan guru; kepemimpinan dan peranan guru; kemahiran profesional dan tanggungjawab guru dalam pelbagai aspek kepemimpinan di sekolah. EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 3(3+0) Kursus ini membincangkan isu-isu pendidikan dan cabaran semasa; tanda-tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid dan guru serta cara-cara menanganinya; inovasi dalam pendidikan serta pengurusan perubahan. PKU3114 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas 3(3+0) Kursus ini merangkumi pelaksanaan program Pendidikan Khas prosedur penempatan murid-murid berkeperluan khas, struktur organisasi di peringkat kementerian, jabatan pendidikan negeri dan sekolah, pelaksanaan program Pendidikan Khas di peringkat sekolah diberi penekanan, peranan guru dan pentadbir, peruntukan kewangan, dan khidmat sokongan serta penilaian program Pendidikan Khas. PKB3115 Penyelidikan Tindakan II : Pendidikan Khas Masalah pembelajaran Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) 3(0+3) Kursus ini melibatkan kemahiran melaksanakan penyelidikan tindakan dan menulis satu laporan berdasarkan keputusan penyelidikan di sekolah. Ia juga memberi peluang kepada pelajar mengorganisasi satu seminar penyelidikan tindakan dan membentang kertas penyelidikan tindakan dalam seminar itu. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran mereka untuk mendokumentasi dan menerbit kertas penyelidikan dalam jurnal. INT 3101 Internship 2(0+2) Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan mengaitkan pengalaman dalam Amalan Profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan seliaan guru pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah pembentukan guru permulaan yang berkesan.
SELAMAT BERJUANG. CHAYOK....CHAYOKKKK...AJA..AJA...FIGHTING!!!!

Tuesday, November 23, 2010

cabaran itu perlu ku galas...

senarai subjek semester hadapan...

Semester 5 (Tahun 3)

Wajib
WAJ3112 Kokurikulum – Olahraga 1(0+1)
WAJ3114 BIG FASA 5 10 Jam

Teras

EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran 3(3+0)
PRK3101 Praktikum 1 2(4M)

Major

PKU3109 Terapi dalam Pendidikan Khas 3(1+2)
PKB3110 Special Methods in Teaching and Learning Science 3(2+1)

Elektif

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 3(2+1)
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu 3(2+1)

pra konvo...

tamatlah sudah semester 4...semester lima pula menanti dengan cabaran baru buat bakal-bakal guru pendidikan khas...kami akan ke sekolah semester 5...bermula praktikum dengan jayanya...harap semuanya berjalan dengan lancar....

Monday, June 21, 2010

cabaran menanti..

salam semua...

entri kali ini berkisar kursus yang bakal kami pelajari untuk semester depan :

Semester 4 (Tahun 2)


WAJ3107 Seni dalam Pendidikan 3(2+1)
WAJ3111 Kokurikulum – Unit Beruniform II 1(0+1)
WAJ3114 Bina Insan Guru Fasa IV (35 jam)
EDU3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 3(2+1)
PKB3107 Kemahiran Asas untuk Berdikari 3(1+2)
PKB3108 Special Methods in Teaching and Learning Mathematics 3(2+1)
PJM3110 Elektif 1: Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani 3(2+1)
XXX31XX Elektif 2: BMM3102 Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3(2+1)
ELS3102 English Language Enrichment II TK

TERUSKAN PERJUANGAN KAWAN-KAWANKU...

Wednesday, June 9, 2010

Lawatan berilmiah

Salam buat semua pelawat blogku...

Pada 1-4 Jun 2010, aku dan rakan-rakan sekelas telah mengadakan lawatan bermaklumat ke bebrapa buah tempat sebagai ' badgemarking ' kepada kami dalam memperdalam ilmu berkaitan Pendidikan Khas.

Berikut adalah butiran mengenai lawatan bermaklumat tersebut :

HARI PERTAMA

LOKASI : SK SRI MAULANA, PEKAN, PAHANG.
TARIKH : 1 JUN 2010


Gambar kenangan semasa di SK Maulana...


HARI KEDUA

LOKASI : SMK PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL SHAH ALAM DAN PUSAT SOKONGAN PENDIDIKAN KHAS
PUTRAJAYA
TARIKH : 2 JUN 2010


Bergambar bersama pelajar-pelajar di sekolah terbabit.



Di tangga pejabat Pendidikan Khas Putrajaya

HARI KETIGA

LOKASI : NASOM DAN PUSAT SINDROM DOWN MALAYSIA
TARIKH : 3 JUN 2010



kenangan di pintu hadapan NASOM



Majlis penyerahan cenderahati kepada pihak Pusat Sindrom Down Malaysia

HARI KEEMPAT

LOKASI : SK PRESINT 9 (2) PUTRAJAYA
TARIKH : 4 JUN 2010


sesi penyerahan cenderahati kepada guru besar sekolah

TEMPAT PENGINAPAN KAMI



di sinilah kami menginap selama 4 hari 3 malam...