Thursday, May 31, 2012
PENGORBANAN MENUNTUT PERJUANGAN
SEMESTER 8 PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2009
EDU3108 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional 3(3+0)+
EDU3109 Guru dan Cabaran Semasa 3(3+0)+
INT3101 Internship 2 (4M)+
PKU3114 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas 3(3+0)+
PKU3115 Penyelidikan Tindakan II – Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) 3(0+3)+
Senarai di atas adalah subjek-subjek yang bakal ditempuh oleh guru pelatih PISMP PENDIDIKAN KHAS bagi semester 8 yang merupakan semester akhir sebelum mereka melangkah ke alam profesion yang sebenar. Selamat berjuang rakan-rakanku...
Berikut adalah sinopsis bagi setiap subjek :
EDU 3108 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional 3(3+0)
Kursus ini membincangkan konsep profesion; ciri-ciri guru sebagai seorang
profesional; etika, akauntabiliti dan kesantunan guru; peringkat perkembangan
guru; kepemimpinan dan peranan guru; kemahiran profesional dan
tanggungjawab guru dalam pelbagai aspek kepemimpinan di sekolah.
EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa 3(3+0)
Kursus ini membincangkan isu-isu pendidikan dan cabaran semasa; tanda-tanda
awal gangguan emosi dalam kalangan murid dan guru serta cara-cara
menanganinya; inovasi dalam pendidikan serta pengurusan perubahan.
PKU3114 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas 3(3+0)
Kursus ini merangkumi pelaksanaan program Pendidikan Khas prosedur
penempatan murid-murid berkeperluan khas, struktur organisasi di peringkat
kementerian, jabatan pendidikan negeri dan sekolah, pelaksanaan program
Pendidikan Khas di peringkat sekolah diberi penekanan, peranan guru dan
pentadbir, peruntukan kewangan, dan khidmat sokongan serta penilaian program
Pendidikan Khas.
PKB3115 Penyelidikan Tindakan II : Pendidikan Khas Masalah
pembelajaran Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) 3(0+3)
Kursus ini melibatkan kemahiran melaksanakan penyelidikan tindakan dan
menulis satu laporan berdasarkan keputusan penyelidikan di sekolah. Ia juga
memberi peluang kepada pelajar mengorganisasi satu seminar penyelidikan
tindakan dan membentang kertas penyelidikan tindakan dalam seminar itu.
Pelajar juga akan menggunakan kemahiran mereka untuk mendokumentasi dan
menerbit kertas penyelidikan dalam jurnal.
INT 3101 Internship 2(0+2)
Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan mengaitkan
pengalaman dalam Amalan Profesional pelajar dengan tugas guru permulaan.
Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan
dengan pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti rutin sekolah yang
telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat
kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan seliaan guru
pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat
kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah
pembentukan guru permulaan yang berkesan.
SELAMAT BERJUANG. CHAYOK....CHAYOKKKK...AJA..AJA...FIGHTING!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment